Soalan ke-36 Nabi S.A.W: Jika umatku sembahyang Hari raya di
masjid, betapa pula hal engkau? Jawab Iblis: Ya Nabi Allah, semasa umat tuan
pergi bersembahyang di masjid yakni sembahyang Hari raya, maka sangatlah hamba
menanggung dukacita dalam kesedihan. Maka hamba pun berteriak, sehingga semua
bala tentera hamba berasa hairan dan dukacita.
Soalan ke-37 Nabi S.A.W: jika umatku membaca doa akhir tahu,
bagaimana keadaan kau? Jawab iblis: maka lemahlah hamba lalu hamba sapu dengan
tanah sambil berkata `hai sungguh malang diriku dengan kerugian`
Soalan ke-38 Nabi S.A.W: jika umatku membaca doa awal tahun,
bagaimana keadaan kau? Jawab iblis: putuslah harapan hamba, kerana barangsiapa
membaca doa awal tahun ini diperintahkan oleh tuhan kepada dua orang malaikat
supaya dibakar buku kesalahannya dan dituliskan kebajikan di dalamnya kerana
orang itu membaca doa ini.
Soalan nabi ke-39: hai iblis, siapakah yang menyokong
engkau? Jawab iblis: iaitu orang yang tiada bertaubat daripada dosanya dan suka
ketawa ketika membuat dosa itu. Tambahnya lagi orang yang bersiul-siul itu
penghibur iblis, tetapi orang yang mengazan itu penghalau iblis.
Soalan baginda yang terakhir: hai iblis, sekarang apalah
kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku setelah aku dibangkitkan oleh tuhanku?
Maka sembah iblis: Demi kemuliaan tuan, sentiasalah hamba akan berusaha
bersungguh-sungguh agar menarik anak adam ke jalan yang tidak benar.
ALLAH HUAKHBAR..SEMOGA KITA DIBERKATI ALLAH DAN SELALU DIPELIHARA DARIPADA SEGALA BENCANA YANG ADA DI MUKA BUMI INI.. AMBILLAH IKHTIBAR.. KITA SEMUA MANUSIA.. KITA AKAN KEMBALI KEPADA ALLAH SUATU HARI NANTI.. OLEH ITU, BERSIAP SEDIALAH WAHAI SAUDARAKU... MUHASABAH DIRI MULAI SAAT INI.

.jpg)
0 comments:
Post a Comment